It's abOut Me and D'Loved Collection!!

My photo
rawang, selangor, Malaysia
I'm the owner this blog.Interested dunia business since kecil cause my family background berdarah business.Di samping u all layan my product,sudi-sudikanlah layan my diary n my created...enjoy..! D'Loved Collection menjual pelbagai kehendak seperti pakaian,Gift,tudung,dan pelbagai lagi.U all want more?Lets together gether with me to search this blog...Kalau ada kekurangan dan ketidakpuashatian,just comment and beri nasihat."KAMI BUDAK BARU BELAJAR,KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN!"Lalalala...

Friday, March 1, 2013

KRONOLOGI PENVEROBOHAN LAHAD DATU

kronologi terkini pencerobohan lahad datu sabah 2013 March 1, 2013 berita Kronologi terkini pencerobohan Lahad Datu Sabah 2013 Terlebih dahulu sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo gambar insp zulkifli koperal sabaruddin maut kronologi terkini pencerobohan lahad datu sabah 2013 Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina – Bernama tentera sulu lahad datu sabah 2013 kronologi terkini pencerobohan lahad datu sabah 2013
9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu
11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou
12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon
14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu pasukan gerakan am lahad datu kronologi terkini pencerobohan lahad datu sabah 2013 Anggota Pasukan Gerakan Am 1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah
14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah terkini di lahad datu februari 2013 kronologi terkini pencerobohan lahad datu sabah 2013 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggunakan sepasang teropong untuk melihat situasi di kampung Tanduao Lahad Datu, semasa lawatan beliau
16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu
18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah
24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak
12 Februari lalu anggota keselamatan negara kronologi terkini pencerobohan lahad datu sabah 2013 Anggota Keselamatan Negara
26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu
1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh

No comments:

Post a Comment